Hiburan
Kepulangan Syamsul Yusof Bawa Kebahagian Kepada Yusof Haslam & Isteri - “Yang Paling Penting, Hubungan Antara…”
Kepulangan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ke pangkuan keluarga memberi kemanisan serta kebahagian kepada penerbit Datuk Yusof Haslam dan isterinya.
Hubungan dah baik
Reda dengan apa yang terjadi sebelum ini, Yusof berkata dia dan isterinya sangat gembira apabila hubungan keluarganya kembali baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”
ARTIKEL BERKAITAN: Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”
“Dah Beberapa tahun juga agak pahit tapi tak apa. Saya tak salahkan sesiapa, ini semua takdir. Apa yang terjadi, takdir dan kita kena reda.
“Alhamdulillah, yang paling buat saya gembira bila anak saya iaitu Syamsul dah kembali ke pangkuan keluarga. Hubungan kami sekeluarga pun dah baik.
“Selalu dia balik rumah, malam kelmarin pun dia ada balik rumah, makan masakan ibunya,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis Future Of Astro Shaw di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Perjuangan bapa
Dalam pada itu, Yusof turut berkongsi perbualan antara dia dan Syamsul ketika pengarah itu pulang ke rumah dua hari lalu.
“Dia ada cakap ‘papa walaupun Syamsul dah buat filem dekat luar dengan penerbit lain, tapi Syamsul akan buat filem untuk papa’.
“Cuma sekarang dia tengah sibuk tapi dia akan kembali buat filem dengan Skop. Tapi saya cakap terpulang pada dia. Bagi saya, paling penting hubungan antara anak dan ayah lebih penting.
“Kalau boleh, jangan tinggalkan Skop Production, tempat dia dilahirkan. Bapa dia berjuang berpuluh tahun dan saya perlukan anak-anak lelaki saya untuk teruskan perjuangan saya,” ujarnya lagi.