Skip to main content

Budaya Popular

Selepas 13 Tahun, Ammar Alfian & Syamsul Yusof Sudah Berbaik - “Yang Berlalu Biarkan…”

astro_gempak_ammar-alfian-syamsul-yusof-2.jpg
Persengketaan antara dua pelakon iaitu Ammar Alfian dan Syamsul Yusof menemui titik noktah selepas kedua selebriti itu dilihat dalam satu foto bersama.

Menerusi perkongsian di Threads, Ammar atau nama sebenarnya  Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkongsi gambar bersama Syamsul.

Malah, Ammar turut memaklumkan mahu melupakan kisah silamnya dengan pengarah tersebut menerusi ruangan kapsyen, 

Advertisement

BERITA TRENDING: Netizen ‘Serang’ Dr Halina Gara-Gara Kes Adik Lelaki

BERITA TRENDING: Pinjam Mara Hampir RM1 Juta, Rumah Che Ta

“13 tahun berlalu. Yang berlalu biarkan berlalu. 2025 tahun adalah tahunnya. InsyaAllah,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berharap agar Ammar dan Syamsul dapat beraksi di dalam satu naskhah.

 

“Ini collab mesti padu!

 

“Terbaik! Ini namanya lelaki.

 

“Alhamdulillah, nak tengok juga dalam filem gengster ada korang berdua,” komen beberapa netizen.

BERITA TRENDING: “Mungkin Masa Itu Oksigen Dalam Otak Dia Dah

BERITA TRENDING: Sah Alicia Amin Adalah Intan, Netizen Approve! 

Sekadar info, Ammar pernah bergelar sebagai teman lelaki kepada bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana suatu ketika dahulu.

 

Must-Watch Video