Viral

Kerajaan Panjangkan Pandangan Tegas Terhadap Keputusan Platform X Benarkan Kandungan Berbentuk Pornografi

Gempak
05/06/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Panjangkan Pandangan Tegas Terhadap Keputusan Platform X Benarkan Kandungan Berbentuk Pornografi
Kerajaan akan memanjangkan pandangan tegas mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial X yang didakwa telah mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Pornografi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan.
"Insya-Allah, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.
"Saya percaya (Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali (Hanafiah Mohd Yunus) akan sampaikan untuk pastikan semua platform, bukan hanya X, faham bahawa beberapa perkara termasuk judi dalam talian, bahan lucah dan juga perkara yang tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang negara kita dipatuhi platform-platform ini termasuk yang sedang berlaku di X," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Buat Panggilan Lucah, Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Bisnes Cipta Gambar B*gel Guna AI, Warganet Luah Rasa Risau: “Kurangkan Kongsi Rupa Diri Di Media Sosial”

ARTIKEL BERKAITAN: Video Promosi Baju Jersi Bella Astillah & 6 Lelaki Tuai Komen Lucah, Netizen; "Bulan Puasa Perangai Jijik"

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Tak Berpakaian Di TikTok, Lelaki Didakwa Bergelar Guru Dikritik Netizen - “Cikgu? Macam Ni?!”

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Popular, Aizat Saha Terima Mesej Lucah! - "Ada Yang DM Hantar ..."

Sebelum itu, media melaporkan aplikasi X secara rasmi membenarkan penggunanya memuat naik kandungan dewasa.
Pelbagai perubahan drastik dilakukan terhadap X, sejak usahawan Elon Musk membeli platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter itu.
Bermula dengan mengubah nama, Elon turut memperkenalkan sistem langganan untuk mendapatkan tanda biru, bagi membolehkan pengguna menjanan pendapat bagi setiap hantaran yang menerima ‘engagement’ yang tinggi.
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar