Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, masih lagi tidak lekang menjadi sebutan netizen apabila kali ini aktres itu menjadi mangsa gangguan seksual secara atas talian.

Video Untuk Promosi Jersey

Menerusi satu video di Platform TikTok, sebuah akaun menggunakan Bella sebagai model untuk mempromosikan baju jersey yang dijual.

Dalam entri tersebut, dapat dilihat Bella dikelilingi enam orang lelaki yang turut mengenakan jersey dalam warna yang berbeza.

Terima Komen Lucah

Akan tetapi, posting berikut dibanjiri oleh komen-komen tidak senonoh netizen apabila ia disamakan dengan satu babak video lucah.

Netizen Pertahankan Bella

Video berkenaan turut dimuat naik semula di Platform X oleh seorang pengguna yang mengkritik sikap sesetengah lelaki yang tanpa segan silu meninggalkan komen lucah pada bulan Ramadan.

“Video simply untuk promote baju. Tapi sudah tentu lelaki-lelaki ni akan guna macam-macam alasan untuk lakukan gangguan seksual terhadap wanita yang tak bersalah. Bulan puasa pun perangai jijik!” tulisnya.


Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 40,000 tanda suka serta 800,000 tontonan di TikTok.

Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut.

Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.

Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.

Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.

BERITA TRENDING: Tak Dapat Tahan Menangis, Netizen Sebak Lihat Ayden Lap Air Mata Bella - “Mummy Lahirkan Saya..."

Sumber: TikTok/Platform X