Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kes Langgar Pelajar: Pegawai Kanan Polis Didakwa Hari Ini Atas Kesalahan Membunuh

Gempak 17/12/2023 | 21:01 MYT
Pegawai kanan polis yang dipercayai melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, hari ini (Isnin) atas kesalahan membunuh.

BERITA TRENDING: Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - "Dia Habiskan Susu Saya, Makan…

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelas kenyataan itu, ia setelah membuat penilaian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.
"Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek," kata kenyataan pada Ahad.

BERITA TRENDING: Muhammad Zaharif Terseret 5 Meter Selepas Dilanggar

Sehubungan itu, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
Pegawai kanan berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Sabtu.

PILIHAN PEMBACA: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih, Dia Boleh Tengok Sahaja…” - Bapa

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.
#Mahkamah #SPM #Polis #Ipoh #Pelajar #Langgar #Dakwa #Pegawai
;