Laman Utama

Kes Saman RM2.5 Juta Selesai, Nana & Lima Sekawan Berdamai!

Gempak
05/12/2023
04:48 MYT
Sponsor Banner
Kes Saman RM2.5 Juta Selesai, Nana & Lima Sekawan Berdamai!
Dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya kes saman fitnah RM2.5 juta yang difailkan Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir apabila mereka saling bermaafan.

BERITA TRENDING: ​All Stars Gegar Vaganza: Kes Mahkamah Saman Lima Sekawan Tak Ganggu Fokus Siti Nordiana -...

Peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbincangan kes itu tidak diteruskan selepas ada perbincangan antara pihak plaintif dan lima defendan untuk berdamai secara baik.
Persetujuan itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan kedua-dua pihak dan dilaksanakan di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.
"Kami harap persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi titik pahit yang tak berulang lagi," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Hadir Perbicaraan Pertama Kes Saman 5 Sekawan, Ini Harapan Siti Nordiana

Dalam pada itu, lima sekawan iaitu Lan Solo, Syura, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.
Siti Nordiana turut membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan selain menyatakan telah memaafkan mereka sebelum ini.

BERITA TRENDING: Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Tetap Heret Kes Saman 5 Sekawan Ke Mahkamah! PILIHAN PEMBACA: Notis RM1 Juta Dibatalkan, Nana Hantar Writ Saman RM2.5 Juta Pula Kepada 5 Sekawan

Sumber: mStar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar