Bintang All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana tidak melihat kes mahkamahnya yang sedang berlangsung ketika ini mengganggu fokusnya untuk terus bertanding.

Jelas Siti Nordiana atau lebih popular dengan sapaan Nana, prosiding mahkamah kes saman fitnahnya terhadap lima sekawan hanya melibatkan pengurusnya, Mohammad Al Anas Osman.

"Setakat ini ia tidaklah terlalu mengganggu memandangkan keterangan baru-baru ini tidak melibatkan saya, hanya Anas.

"Jadi saya memilih untuk tidak ambil pusing hal lain sebab sekarang tumpuan saya di sini (ASGV).

"Sekiranya saya perlu beri keterangan selepas ini pun, ia tidak menjadi isu dan saya tak rasa perkara itu boleh mengganggu tumpuan saya dalam pertandingan ini.

"Syukur, peminat pun faham dan sentiasa beri kata-kata semangat. Saya hanya mendoakan yang baik-baik," ujarnya.

Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, Anas memberitahu mahkamah bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu berkenaan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020.

Untuk minggu keempat, Nana bakal berduet bersama Amir Masdi menyampaikan lagu berjudul Ada Apa Dengan Cinta.

"Bagi saya Amir seorang penyanyi yang mudah dalam memberikan kerjasama. Sebab bila kita mahu cari rakan duet, perkara tersebut memang perlu diambil kira juga.

"Saya juga tahu akan kemampuannya, dalam kita pun sedia maklum dia antara vokalis lelaki yang kian meningkat naik. Semoga persembahan kami nanti akan berjalan lancar, insya-Allah," tambahnya.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.