Berita
Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia
Pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan adik Alisa Umairah yang tular baru-baru ini kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin lemah.
“Malaysia, Alisa makin lemah.
“Alisa kuat ya sayang, Malaysia doakan Alisa,” kata Kak Lina Ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."
Menerusi hantaran di media sosial Elly juga menunjukkan dia sudah berada di hospital dimana lokasi Alisa dibawa.
Menjengah ke media sosial Era.je, rata-rata netizen mendoakan agar Alisa diberikan kesembuhan.
Sekadar info, Alisa baru-baru ini difahamkan selesai menjalankan sebuah pembedahan terakhir dipercayai berkait dengan penyakit yang dihadapinya.
Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas video siaran live bersama TikToker popular, Asraf Jaafar atau AcapS menjadi tular.
Bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak pempengaruh tersebut serta warga maya.
Nur Hisham berkata Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.