Hiburan

Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”

gempak
Ainun
19/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”
Penyampai radio ERA, Elly Mazlein akui hatinya tersentuh semasa melawat adik Alisa Umairah yang menghidap penyakit kanser mata tahap 4 di Labis, Johor baru-baru ini.
Ketika berpeluang menemui adik Alisa, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi memberitahu bahawa keluarga itu mempunyai semangat yang besar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh yang Maha Esa.
“Dia anak yang hebat dan tidak memberontak untuk dapatkan sesuatu yang dimahukan. Setiap masa dia seronok sahaja. Lepas tu Kak Lina, adik beradik Adik Alisa ini sangat menyayangi dirinya dan Alisa ini pula jenis yang mahukan abang, kakak dan emaknya sahaja.

“Jadi, saya tersentuh dengan cara ibu bapa Adik Alisa ini mendidik anak-anaknya menjadi seorang yang sangat hebat. Kakaknya yang masih kecil nampak sangat matang dan alisa juga boleh nampak dia seorang anak yang sangat baik.

“Kita selalu dengar ayat yang menyatakan ‘Allah tidak akan menguji seseorang itu mengikut kemampuan seseorang hamba itu’ dan ternyata ibu bapa Alisa sangatlah kuat,” jelasnya dengan nada yang sebak.

Sebahagian dari hidup saya

Meskipun dapat berjumpa dalam tempoh yang singkat, pengacara Kilauan Emas ini dapat merasakan anak kecil itu seperti sudah menjadi sebahagian dalam kehidupannya.
Pada masa sama, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina juga memaklumkan adik Alisa bakal melakukan satu pembedahan akhir pada hujung bulan ini.
Tidak mahu terlepas mengenai apa-apa perkembangan kanak-kanak itu, Elly menyatakan dia akan sentiasa dapatkan kemas kini daripada keluarga dan mahu menunggu pembedahan adik Alisa sehingga selesai kelak.
“Saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja, saya akan sentiasa ikuti perkembangan Adik Alisa ini kerana pada bulan ini dia akan menjalini pembedahan.

“Dan saya merancang untuk melawat dan menunggunya sehingga selesai pembedahan tersebut meskipun saya ada kerja yang perlu dilakukan pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas video siaran live bersama TikToker popular, Asraf Jaafar atau AcapS menjadi tular.

BERITA TRENDING: “Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

BERITA TRENDING: Ogy Tiada Niat Aibkan Sesiapa Dalam Teater Di Sebalik Topeng, Hanya Usik-Usik! - "Ia Realiti Sekarang"

BERITA TRENDING: Pertama Kali Sarkas UK Datang Kelantan, Hanya Ahli Sarkas Lelaki Dibenarkan Perform!

BERITA TRENDING: Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

Bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak pempengaruh tersebut serta warga maya.
Nur Hisham berkata Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024