Hiburan

"Ketika Itu Arwah Dalam Keadaan Duduk" - Anak Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab Masih Terkejut, Dedah Bapa Tiada Sakit Kronik

Ainun
26/11/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Ketika Itu Arwah Dalam Keadaan Duduk" - Anak Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab Masih Terkejut, Dedah Bapa Tiada Sakit Kronik
Anak Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, 92, Nassier Khan, 62, sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad berikutan maestro muzik legenda itu tidak pernah mengalami sakit kronik.
Nassier, anak keempat daripada lima beradik, berkata bahawa sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir, bapanya berada dalam keadaan duduk dan kelihatan tenang.
“Hendak kata ayah sakit sangat pun tidak juga. Malah saya memang terkejut dengan pemergiannya. Arwah pergi dengan tenang.

"Ketika itu arwah dalam keadaan duduk. Masa itu hanya ada arwah, saya dan adik. Arwah ayah berada dalam posisi duduk dan ‘pergi’ dengan tenang.

"Dia tiada sakit kronik seperti jantung atau lain-lain. Kalau demam, rutinnya hanya makan ubat. Semalam, ayah macam sesak nafas dan kami rawat di rumah pakai alat bantuan oksigen. Tapi dia pakai sekali sekala sahaja," katanya kepada Gempak.
Nassier Khan berkata demikian ketika ditemui selepas selesai pengebumian Allahyarham Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Selangor, pada Isnin.
Berbicara mengenai keperibadian Allahyarham Ahmad Nawab, anaknya memberitahu, bapanya adalah sebaik-baik manusia.
“Saya tak tahu hendak cakap bagaimana mengenai pemergian beliau. Sebagai anak dia bapa yang terlampau baik. Dia memang sangat baik walaupun tidak banyak bercakap,” kongsinya.
Jenazah Allahyarham Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Selangor, pada jam 11.15 pagi.
Pengebumian Allahyarham Ahmad Nawab berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir.
Sebelum ini, jenazah Allahyarham Ahmad Nawab diurus dan disolatkan di surau Taman Melewar, Gombak, Selangor.
Semalam, Allahyarham Ahmad Nawab disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves, Selangor jam 3.15 petang.

BERITA TRENDING: “Nyawa Dah Nak Habis Tapi Dapat Satu Lagi Nyawa” - Isteri Shuk Sahar Hamil Dalam Keadaan Diri Berdepan Masalah Jantung

BERITA TRENDING: TikToker Imranul Effendy Pernah Ditawarkan Ribuan Ringgit Puaskan Nafsu Kaum Sejenis & Sugar mommy - "Memang Banyak, Ada Yang Minta Gambar Alat Sulit..."

BERITA TRENDING: Datuk Seri Vida Mohon Beri Ruang Selesaikan Kes Hutang Lebih RM1 Juta - "Saya Telah Lantik Peguam"

BERITA TRENDING: “Jangan Tunggu 24 Jam Macam Dalam Filem Atau Drama, No!”- Mat Redho Nasihat, Jika Berdepan Situasi Anak Hilang Terus Buat Laporan Polis

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar