• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Didakwa Kena Tampar Dengan Pelakon Popular,Pasha Ungu Minta Penjelasan Pihak Produksi
VIRAL
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad Tak Puas Nak Rasa ‘Vibe’ Program Realiti, Sedia Sertai Lagi Jika Diberi Peluang
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Khas Buat Pekerja Industri Penerbangan Yang Hilang Kerja, Perkeso Sediakan Inisiatif Buat Anda!

Maliah Surip
02/11/2020
22:45 MYT
Sponsor Banner
Khas Buat Pekerja Industri Penerbangan Yang Hilang Kerja, Perkeso Sediakan Inisiatif Buat Anda!
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Perkeso dalam kenyataannya memaklumkan mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS boleh melayari laman web rasmi agensi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci kedua-dua inisiatif itu dan tatacara permohonannya.
Antara faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.
Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso, menurut kenyataan itu.
Untuk rekod sehingga Rabu lepas, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilapor kepada Perkeso bagi permohonan faedah SIP dan seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.
Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000, menurut kenyataan tersebut.
Sumber: BERNAMA Kredit Foto: Business Standard
Related Topics
#Penerbangan
#PERKESO
#Inisiatif
Must-Watch Video