Laman Utama
Khatam Al Quran Di Hari Jadi, Suami Buat Suprise Pelamin Untuk Fouziah Gous - "Setelah Sekian Lama..."
Pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous syukur kerana dapat khatam Al-Quran pada hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh semalam.
Malah gembira kerana pencapaiannya itu turut diraikan oleh suami tersayang yang membuat kejutan istimewa buatnya.
"Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini... syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
"Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022. Syukur.
"Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna sepanjang hidup saya?..
"Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah," katanya.
Fouziah berkongsi perkara gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto pelamin khas untuk dia khatam Al-Quran yang dikejutkan oleh suaminya.
Kemas kini berkenaan telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan pencapaian dirinya serta turut dihujani ucapan hari jadi.
"Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya," komen salah seorang pengikutnya.
"Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi," ucap salah seorang warga maya.
Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
Must-Watch Video