HIBURAN
“Saya Bukan Nak Pisahkan Tapi…” - Along Cham Akui Anak Kecewa, Harap Dapat Kasih Sayang Ibu
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengakui anaknya Daniel yang berusia 14 tahun itu kecewa apabila perkahwinan keduanya bersama Afreena Suhaimi berakhir dengan perceraian.
Jelas Along, dia memahami dimana anaknya itu masih memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu yang sudah lapan tahun meninggalkannya.
“Dia memang kecewalah. Dia harapkan dapat ganti bahu seorang ibu yang dah lapan tahun tak dapat kasih sayang dan sekarang baru nak dapat cuma ada pihak yang cakap saya larang untuk berjumpa dengan anak.
“Masa mak saya tolong untuk jaga anak saya ketika saya sibuk dengan kerja saya, saya bagi peluang kepada bekas isteri saya iaitu Zila Saeron datang melawat anak dan dia datang hanya beberapa kali sahaja,” katanya kepada Gempak.
Along Cham berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin.
Titip Pesanan Buat Isteri Baharu
Tambahnya, pelawak yang terkenal dalam filem Adnan Sempit itu turut menitipkan pesan kepada Afreena Suhaimi supaya memberikan kasih sayang sebagai seorang ibu kepada Daniel serta mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan bekas isterinya.
“Saya dah warning Afreena untuk mengambil alih kasih sayang seorang ibu yang Daniel sudah terlepas selama lapan tahun dan tolong elakkan diri dari terhasut dengan anasir luar termasuklah bekas isteri saya (Zila Saeron).
“Saya bukannya nak pisahkan anak dan ibu tapi saya sebagai seorang bapa, saya kalau nak pisahkan anak saya dengan dia, saya akan pisahkan terus tapi ini fasal kes nyusuz saya yang lepas,” jelasnya.
Pesan Jangan Ganggu Ruang Daniel
Selepas berkahwin semula, pelawak itu meminta bekas isteri tidak mengganggu ruang Daniel dalam menerima kasih sayang daripada ibu tiri.
“Bila saya sudah berkahwin, saya cakap dengan bekas isteri tolong jangan ganggu ruang Daniel untuk dapatkan kasih sayang seorang ibu baharu,” akuinya.
Bagaimanapun, Along tetap mengakui anaknya kecewa dengan situasi itu kerana perceraian memberi kesan emosi kepada kanak-kanak. Namun, dia percaya Daniel adalah seorang yang kuat.
Bagi mengalihkan perhatian anaknya daripada situasi tersebut, dia cuba mengisi masa Daniel dengan aktiviti menarik supaya tidak terlalu memikirkan perubahan dalam keluarga mereka.
BERITA BERKAITAN: Tiada Istilah Memilih Menantu, Ibu Along Cham Sedih Tengok Rumah Tangga Anak Bermasalah - “Setahun Kami Tidak Berjumpa Sebab Terkilan…”
BERITA BERKAITAN: Isteri Along Cham Pilih Kunci Mulut Isu ‘Penipuan’ Dalam Perkahwinan - “Rumah Tangga Ada Huru-Haranya Walau…”
“Sudah semestinya dia kecewa. Tipulah kalau dia tidak kecewa cuma dia kuatlah. Saya pun sibukkan diri dia balik dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Saya cakap dekat dia ‘Abang takpayah fokus dengan semua ni, biar papa handle’,” kongsinya.
Terdahulu, tuntutan pengesahan lafaz cerai melanggar taklik difailkan Along terhadap Afreena ditangguhkan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi kepada 8 Mei depan berikutan maklumat dokumentasi yang tidak lengkap.
Pada 10 Februari lalu, Along memfailkan permohonan lafaz cerai melanggar taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini, sebagaimana mengikut alamat kediamannya.
Along dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu, dia sepatutnya sudah memfailkan cerai lafaz taklik itu pada 16 Disember tahun lalu, tetapi ditahan polis akibat memiliki ganja pada 14 Disember.
Menurut Along, isterinya sudah melanggar lafaz taklik yang membabitkan tiga perkara itu sepanjang perkahwinan mereka.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila.
BERITA BERKAITAN: 2 Bulan Kahwin Dah Ada Masalah, Isteri Along Cham Kecewa Isu Lafaz Cerai Taklik Tak Selesai Lagi - “Waktu Itu Kami Baru Saja…”
BERITA BERKAITAN: Pengesahan Tuntutan Lafaz Taklik Along Cham & Isteri Ditangguh, Ada Isu Dokumentasi
Must-Watch Video