HIBURAN
Minta Bersedia Untuk Hidup Berdua, Ridz Okumura Kongsi Nota Terakhir Arwah Isteri - “Arwah Selalu Berpesan Nanti…”
Usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura berkongsi nota terakhir yang ditinggalkan oleh arwah isterinya, Akiko Okumura.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Stories, Ridz menunjukkan gambar nota tersebut dengan terjemahan dalam bahasa inggeris yang menunjukkan sebagai satu resepi penyediaan makanan.
“Nota terakhir dari arwah,” tulis Ridz ringkas.

Antara yang ditulis oleh Akiko dalam nota tersebut adalah, Yellow Series (menu), salmon panggang dalam aluminium foil dengan jus lemon, kimchi, nasi, sayur dan juga omelette.
Dalam perkongsian lain, Ridz turut berkongsi sebuah video rumah di dalam hutan dan menyatakan isterinya pernah berpesan untuk bersedia untuk tinggal berdua selepas anak mereka, Sky mendirikan rumah tangga kelak.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, Selangor pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, atau Ridzokumura.
Bagaimanapun, pihak polis memberitahu tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009.
Must-Watch Video