Laman Utama

Kim Seri Dikritik, Dianggap Ceroboh Privasi Sebab Kongsi Video Kawasan Rumah Suga & Jungkook BTS

Gempak
28/11/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Kim Seri Dikritik, Dianggap Ceroboh Privasi Sebab Kongsi Video Kawasan Rumah Suga & Jungkook BTS
Pempengaruh, Kim Seri menerima kecaman daripada peminat kumpulan K-Pop tersohor BTS, gara-gara berkongsi rakaman kawasan kediaman dua daripada anggota kumpulan itu, Suga dan Jungkook di TikTok.

BERITA TRENDING: Terima Komen Buruk, Jungkook: “Saya Bersyukur Mereka Ada Masa Untuk Saya”

Menurut peminat BTS atau ARMY, Kim Seri dianggap seperti menceroboh privasi memandangkan Jungkook pernah diganggu oleh seorang individu yang tidak dikenali di rumahnya sebelum ini.
“Kim Seri, awak menceroboh privasi mereka. Saya teringat Jungkook takut sebab ada individu tiba-tiba menekan loceng di apartmentnya dan dia tidak kenal siapa individu itu sebaik sahaja dia melihat pada skrin kamera dan terus tidak membukanya.
“Lain kali buat content yang berguna,” kata seorang peminat di platform X.
Menerima kritikan, Kim Seri akhirnya mengubah mode video pada dua video tersebut kepada private.
“Menyeramkan ya perangai sesetengah ARMY yang DM dan mencarut? Dah, I dah private video rumah Suga dan Jungkook untuk I simpan dalam hati je,” katanya.
Dalam pada itu, Kim Seri turut memberitahu yang dia enggan untuk membuat sebarang content yang berkaitan dengan BTS pada masa akan datang.
Terdahulu, Jungkook pernah berpesan kepada peminat dan juga orang awam supaya tidak menghantar makanan ke rumahnya.
“Saya faham bahwa niatnya baik, tapi saya boleh uruskan perihal makanan saya sendiri. Sebaliknya, beli makanan untuk diri anda.

BERITA TRENDING: RM, Jimin, V & Jungkook Bersiap Sedia Jalani Khidmat Ketenteraan

"Saya mohon. Jika anda mengirim makanan sekali lagi, saya akan memeriksa nomor tanda terima pesanan dan mengambil tindakan,” ujar Jungkook menerusi Weverse.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar