Laman Utama

Terima Komen Buruk, Jungkook: “Saya Bersyukur Mereka Ada Masa Untuk Saya”

gempak
Maliah Surip
02/10/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Terima Komen Buruk, Jungkook: “Saya Bersyukur Mereka Ada Masa Untuk Saya”

Menjadi salah seorang anggota kumpulan K-Pop paling terkenal dan berpengaruh di dunia, BTS, Jungkook mengaku tidak begitu peduli dengan komen-komen negatif dan kumpulan yang membencinya (haters).

Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
“Saya ada membaca komen peminat mahu menyokong band baharu. ‘Anda mahu sokong band K-Pop lain? Silakan, itu kebebasan.’
“Tapi jujurnya saya memang tidak begitu peduli jika dibenci. Saya lebih memberi fokus dan menghargai mereka yang menyokong saya.
“Ini termasuklah jika ada netizen yang menulis buruk tentang saya. Saya malah bersyukur kerana mereka ada masa untuk saya. Tapi sudah tentu saya tidak menyukai mereka bukan? Bagaimana saya boleh menyukai orang yang menulis buruk mengenai saya,” ujar Jungkook panjang lebar.
Bintang berusia 26 tahun tersebut bercakap mengenai isu itu kepada peminat menerusi sebuah majlis di Stationhead, lapor media tempatan.
Pada kesempatan sama Jungkook menjelaskan dirinya tidak sebaik yang difikirkan.
“Saya bukanlah terlalu baik. Saya sudah 26 tahun dan rasanya akan menjadi aneh jika tidak ‘nakal’.
“Saya minum (alkohol) tapi sewaktu bekerja, saya bekerja dengan kuat,” ujarnya yang baru muncul dengan lagu 3D kolaborasi bersama Jack Harlow.
Saat ini tiga daripada anggota BTS iaitu Jimin, Suga dan J-Hope sedang menjalani program ketenteraan dan band tersebut hanya kembali aktif bersama pada tahun 2025.
BACA: Foto Jungkook Merokok Tersebar, Peminat: “Apa Masalahnya? Dia Bukan…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live