VIRAL
"Kita Dengar Best Tapi Telinga Orang ..." - Siti Nurhaliza Jawab Respon Lagu Baru, Anta Permana
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui single terbaharunya, Anta Permana merupakan comeback selepas berehat panjang.
Kata Siti, dia tidak menyangka lagu yang dicipta oleh Hael dan Ezra Kong itu mendapat sambutan luar jangka hingga menduduki tangga pertama di beberapa pelantar digital seperti iTunes.
"Ini penantian saya yang mendebarkan kerana semua orang tahu saya bercuti agak lama dan untuk menghasilkan comeback dengan lagu yang terbaik bukannya mudah.
"Kadang-kadang kita rasa best tapi telinga orang lain rasa lain.
"Namun Alhamdulillah, maklum balas yang diterima sehingga kini kebanyakannya positif dan saya patut berikan penghargaan kepada Hael dan Ezra Kong sebab menghasilkan karya yang terbaik," katanya ketika ditemubual di HLive.
Dalam rangka promosi lagu Anta Permana kata Siti, muzik video lagu itu sudah dirakamkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Malah, Siti akan membuat persembahan live sulung lagu Anta Permana pada Anugerah Planet Muzik di Singapura pada malam esok.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video