Hiburan
Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”
Perkongsian foto pelakon dan model terkenal, Zahnita di laman sosial, Instagram miliknya pada Isnin mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Menerusi foto tersebut, mata Zahnita kelihatan lebam namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kecederaan yang dialaminya itu.
Bagaimanapun Zahnita menerusi kapsyen di perkongsian itu berkata kecederaan itu menyebabkan dia meninggalkan rumah lamanya dan kadang-kala terpaksa memakai cermin mata.
“Saya tak nak lakukan ini… tapi saya terpaksa juga. Ini sebab saya tinggalkan rumah lama saya. Dan kadang-kadang saya pakai cermin mata,” kongsi Zahnita.
Rata-rata netizen membuat spekulasi mengatakan Zahnita telah menjadi mangsa penderaan setelah sekian lama.
Malah rakan selebriti antaranya pelakon Che Puan Sarimah turut meninggalkan komen dengan mengatakan Zahnita tak sepatutnya diperlakukan seperti itu.
“Awak tidak dan tidak akan pernah terima perkara seperti ini. Tidak,” tulis Sarimah yang sebak melihat keadaan Zahnita.
Bagaimanapun, Zahnita tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkongsian itu dan membiarkan saja orang membuat andaian sendiri.
Must-Watch Video