Laman Utama
Kucing Mati, Rita Rudaini Masih Menanggung Rindu - "Orang Yang Tak Ada Kucing, Takkan Rasa"
Pencinta kucing pastinya dapat menyelami rasa duka yang menyelubungi pelakon Rita Rudaini apabila kucing kesayangan yang dibela sejak enam tahun lalu tiba-tiba mati.
BERITA TRENDING: Sebab Simpan Dendam Pada Tuan, Kucing Kesayangan Pun Jadi Mangsa Sihir
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Rita tiada kata-kata mampu diungkapkan apabila berpisah nyawa dari kucing yang diberi nama Pekan dari baka British Short Hair itu.
"Orang yang tak ada kucing, tak bela kucing, tak akan rasa dan faham apa yang kita rasa. Ada yang kata ‘nak buat macam mana dah sampai ajal’ atau ‘alahai kucing saja pun tak akan sedih sangat, bukannya manusia’.
"Tahu tak? Kata-kata itu boleh tambah sakit dan luka pada kami pencinta kucing? Kucing pun makhlk bernyawa Allah sama seperti manusia bukan? Kenapa? Sama juga kan?
"Allah bagi saya hati yang dapat berkongsi rasa, rezeki dengan mereka. Saya anggap mereka adalah ‘anak-anak’ saya," katanya.
Sehingga kini Rita akui masih menanggung kerinduan terhadap pemergian haiwan kesayangannya itu.
"Untuk saya pulih dari rindu pada yang telah tiada ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang sangat ‘down’, sedih dan sayu.
"Setiap masa teringat. Iyalah. Banyak kenangan bersama mana mungkin boleh lupa. Merekalah teman susah senang saya. Mommy sangat rindu. Tak akan ada pengganti yang sama dengan kamu," tambahnya.
Terdahulu, Rita terkejut apabila Pekan tiba-tiba terbaring dan tidak bernyawa tanpa mengetahui punca kematiannya.
"Mommy tak boleh terima, semalam elok. Tengahari masuk nak bersihkan bilik nampak terbaring kat tengah. Tak sangka Pekan. Tak ada sakit, tak ada apa pun tiba-tiba...
"Ekor dan badan masih lembut, cuma kaki dan kepala dah keras. Tapak kaki sejuk.
"Mommy tak boleh stop menangis, Pekan... Macam mana Mommy nak masuk hari-hari dalam bilik tu lagi? Selalu tenung muka Mommy, suka Mommy gosok perut masa tidur," luahnya.
Dalam pada itu, Rita turut dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan takziah daripada pengikutnya yang juga merupakan golongan pencinta kucing.