Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
Muatnaik tangkap layar
Terbaharu, seorang individu yang pernah membuat pendedahan mengenai Rossa didakwa mengganggu rumah tangga orang memuat naik tangkap layar dipercayai perbualan antara Rassa dan identiti yang tidak didedahkan.
Menerusi tangkap layar di Instagram Story (IG Story) akaun Jannalis4_ itu, dapat dilihat Rossa didakwa meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak didedahkan identitinya.
Selain itu, individu itu turut didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
“Sebelum sayang orang lain, tanyalah diri sendiri dulu tergamak tak mainkan perasaan orang lain?
“Layan perempuan lain di belakang saya,” tulisnya.
Susulan itu, hantaran mesej itu meraih perhatian Jannalis4_ yang mengatakan itulah perasaan yang dirasai isteri kepada kekasihnya itu terhadap perbuatan yang dilakukan Rossa.
“Pandai Rossa bila lelaki itu ada b*tina lain kau marah.
“Kau tak tahu pula yang kau dah aniaya anak isteri orang sampai hancur,” tulisnya.
Lapor JAIS
Dalam pada itu, individu berkenaan juga menggesa mana-mana individu yang tinggal berhampiran dengan kediaman Rossa untuk melaporkan perbuatannya kepada Jabatan Agama Islam (JAIS)
“Sesiapa tinggal 'area' tempat Rossa tolonglah telefon JAIS biar dia kena tangkap.
“Rossa memang suka sondol lelaki orang,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Rossa didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Menerusi pendedahan yang dibuat, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut masih terjalin meskipun si isteri sudah memberi peluang kepada Rossa untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.
Lebih mengejutkan, isteri kepada lelaki tersebut pula dikatakan sedang sibuk menguruskan hal perceraiannya susulan kejadian tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan yang diberikan oleh pihak Rossa Serra sejak perkara ini diperkatakan.