Hiburan
Individu Dakwa Rossa Sera Punca Keluarga Wanita Porak-Peranda, Naik Turun Mahkamah Untuk Cerai - "Sekarang Dia Block ..."
Seorang individu telah mendedahkan bahawa bekas isteri selebriti Shuk Sahar, Rossa Sera didakwa menjadi orang ketiga di dalam hubungan pasangan suami isteri lain.
Menerusi perkongsian di platform X oleh seorang individu menggunakan akaun bernama @meinmokhtar, memaparkan tangkap layar mesej yang dihantar oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya.
Naik turun mahkahmah
Menurut individu tersebut, Rossa Sera dikatakan menjadi perosak hubungan perkahwinan kakak tunangnya sehingga dipercayai mereka sudah perlu naik turun ke mahkahmah bagi urusan penceraian.
“Weh mein boleh tak aku nak cerita pasal ex wife shuk sahar tu? Serra Rossa. Kalau kau tau dia. Dia sekarang penyondol. Suami kakak kepada tunang aku.
Sekarang ni dia block semua family kakak aku tu sebab nak tutup kesalahan dia. Kesian kakak aku mein, dah naik turun mahkamah sebab nak cerai,” dedah individu tersebut.
Layan lelaki status suami orang
Sebelum ini, bekas isteri pelawak itu berjaya mencuri perhatian netizen apabila didakwa menjadi punca keretakan hubungan perkahwinan pasangan suami isteri lain.
Menerusi sebuah pendedahan oleh individu yang menggunakan nama Jannalis4_, difahamkan bahawa Rossa Ferra masih melayan lelaki berstatus suami orang itu walaupun sudah diberi peluang untuk behenti mengganggu.
Netizen mahu penjelasan
Sementara itu, netizen juga sudah mula membanjiri ruangan komen akaun Rossa Sera dah menggesa wanita itu menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun tiada lagi respons tiada lagi respons atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Rossa Sera berhubung dakwaan tersebut.
Berita Trending: Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol Suami Orang? Fara Salleh Pula Nafi Jadi Dalang? Netizen Gesa Beri Penjelasan!
Must-Watch Video