Hiburan

Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”

Asyikin Mayudin
15/07/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”
Pelakon Nora Danish menegaskan dia dan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri tidak akan tinggal serumah memandangkan mereka bukan lagi suami isteri.

Kehidupan Bekas Suami Tiada Kaitan

Perceraian merupakan permintaannya, Nora turut memberitahu kehidupan bekas suami dengan mana-mana wanita tiada kaitan dengan dirinya.

“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal serumah kerana kami sudah bercerai. Tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain, kerana perceraian ini adalah permintaan saya.

“Jadi biarlah dia dan kehidupannya,” kongsi Nora menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Solo, Netizen Rancak Cuba Nasib Pikat Nora Danish

Pada perkongsian yang sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini juga juga berharap tiada lagi pihak yang menyampaikan perkara melibatkan Nedim memandangkan mereka sudah menjalani kehidupan berbeza.

Hubungan Baik Atas Urusan Anak

Malah Nora turut menjelaskan dia dan Nedim hanya menjalinkan hubungan yang baik dan rapat disebabkan atas urusan yang melibatkan anak-anak sahaja.

“Jangan sampaikan pada saya okay? Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih. Harap maklum,” tegas Nora lagi.

Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, Rabu.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Boss Ned Masuk ICU, Nora Danish Beri Kata-Kata Semangat

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milik Ku Dalam Islam" - Nedim

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar