Laman Utama

Lana Nodin Habis RM166,000 Bedah Hidung

Gempak
30/09/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Lana Nodin Habis RM166,000 Bedah Hidung
Pelakon Lana Nodin mengakui telah berhabis ratusan ribu ringgit melakukan pembedahan kosmetik dengan demi kesihatan.
BACA: Peminat Lebih Suka Hidung Lana Nodin Yang Baharu - “Sebelum Ni Macam Hidung MJ”
BACA: "Saya Bukan Ubah Ciptaan Allah, Cuma Merawat..."- Lana Nodin Dah Rujuk Pakar Agama & Minta Izin...
BACA: Lana Nodin Selesai Jalani Pembedahan Hidung Di Korea, Syukur Tiada Bengkak & Lebam Pada Wajah; “I Don’t...
Jelas Lana kepada Utusan Malaysia, dia telah membelanjakan sejumlah RM166,000 untuk membetulkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, yang pernah senget akibat kemalangan.
"Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan. Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
"Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.
"Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan," katanya.
Ditanya sama ada dirinya tidak kisah dengan tohmahan orang dan netizen setiap kali berkongsi mengenai perkara ini di media sosial, Lana tegas memberi jawapan sendiri.
"Orang akan tetap mengata dan mengutuk. Saya okey sahaja, tak kisahlah kalau ada kontroversi atau tidak," katanya ringkas.
Sumber: Utusan Malaysia
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live