Hollywood
Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung
Salah seorang aktor yang membawa watak lanun dalam saga Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry dilaporkan maut diserang jerung.
Perry yang muncul dalam Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, siri keempat filem fenomena tersebut diserang jerung sewaktu melakukan aktiviti luncur air di Pantai Malaekahana, Honolulu, Hawaii.
Akibat mengalami luka dan cedera parah, Perry diumumkan meninggal dunia oleh paramedik pada usia 49 tahun, lapor BBC.
BERITA TRENDING: Johnny Depp Bakal Kembali Main Watak Kapten Jack Sparrow
BERITA TRENDING: Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
BERITA TRENDING: Amber Heard Rasa Dimalukan Peminat Johnny Depp, Tak Dilayan Seperti Manusia
BERITA TRENDING: Polis Siasat Influencer Masak, Makan Jerung Putih
BERITA TRENDING: Mami Jerung Tersingkir, Noki Tayang Biceps, Nora Danish 18 Tahun? Panasnya Kisah Hari Isnin!
Selain terbabit dengan filem yang diterajui Johnny Depp itu, Perry juga berlakon dalam naskhah seperti Blue Crush dan Hawaii Five-O.Penyelamat pantai
Di luar konteks dunia lakonan, Perry merupakan seorang peluncur air yang hebat dan penyelamat pantai yang disenangi ramai, demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media.“Perry adalah salah seorang penyelamat pantai legenda dan kehilangannya merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan,” kata kenyataan tersebut lagi.
Sebelum maut diserang jerung, Perry dalam salah satu temubual sebelum ini pernah mendedahkan telah berdepan banyak insiden sewaktu meluncur air dan melakukan kerja menyelamat yang hampir meragut nyawanya.