Hollywood

Lee Jung Jae Bergelar Jedi Master Menerusi Star Wars: The Acolyte

Izwan Isa
16/05/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lee Jung Jae Bergelar Jedi Master Menerusi Star Wars: The Acolyte
Pelakon Korea, Lee Jung Jae bakal beraksi menerusi siri original terbaharu Star Wars: The Acolyte yang dijadualkan menemui penonton pada 5 Jun depan.

Jedi Master

Menerusi siri ini, penyiasatan ke atas satu jenayah besar telah mempertemukan Jedi Master (Lee Jung Jae) dengan lawannya, pahlawan dari masa lampaunya (Amandla Stenberg).
Seiring dengan petunjuk yang muncul, mereka mengembara ke lorong gelap dengan kuasa jahat mendedahkan apa yang kelihatan bukanlah seperti apa yang disangka.

Berdasarkan karya George Lucas

Leslye Headland membangunkan siri ini berdasarkan Star Wars oleh George Lucas, dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Kathleen Kennedy, Simon Emanuel, Jeff F. King dan Jason Micallef.
Charmaine DeGraté dan Kor Adana ialah penerbit eksekutif bersama. Rayne Roberts, Damian Anderson, Eileen Shim dan Rob Bredow adalah penerbit.
Selaon Lee Jung Jae dan Amandla Stenberg, siri ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Manny Jacinto, Dafne Keen, Charlie Barnett, Jodie Turner-Smith, Rebecca Henderson, Dean-Charles Chapman, Joonas Suotamo dan Carrie-Anne Moss.

Strim Star Wars: The Acolyte pada 5 Jun depan menerusi aplikasi Disney+ Hotstar Astro Ultra Box dan Ulti Box.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024