Viral

Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya

gempak
Mya Amri
18/04/2024
08:29 MYT
Sponsor Banner
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Personaliti media sosial, Farah Lee menasihatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati dalam memberi sumbangan susulan kisah seorang pengamal YouTube Korea yang menyatakan hasrat untuk membina sebuah masjid di Incheon baru-baru ini.
Farah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Farah, hasrat yang dinyatakan oleh lelaki itu kelihatan agak mencurigakan.
Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila hasil laporan media dan temubual bersama wartawan di Korea juga seolah-olah membuktikan perkara itu.
“Jadi dermawan boleh tapi kena bijak dan berhati-hati juga ya. Saya terlibat dengan program dan komuniti dakwah Korea sejak 2011 lagi.
“Sehingga sekarang untuk sewa ruang bagi aktiviti-aktiviti dakwah pun tersangatlah susah, apatah lagi nak bina masjid.
“Di hantaran, beliau mention untuk 'bina masjid', tapi bila ditanya wartawan Korea, katanya akan sediakan ruang untuk buat 'content' dan mungkin sedikit ruang untuk solat. Nampak fishy di situ,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Farah juga turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyumbang ke mana-mana akaun bak persendirian walaupun untuk tujuan agama atau amal.
“Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, sebagai seorang yang mahir dengan Korea dan bahasa Korea, setelah tinggal dan belajar di sana selama lima tahun, saya menyarankan kepada semua agar tidak menyumbang ke mana-mana akaun bank persendirian, walaupun untuk tujuan agama atau amal,” pesannya.

Enam sebab rakyat Malaysia perlu berhati-hati

Berikuta merupakan enam sebab yang dinyatakan oleh Farah berkenaan isu pembinaan masjid tersebut:
1. Sebagai individu, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan.
2. Sekiranya ia adalah penipuan, hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana anda.
3. Seorang pegawai dari Jung-gu, sebuah daerah di bandar Incheon, menyatakan, "Individu tersebut hanya menandatangani kontrak jualan tanah dan belum lagi mendapatkan hak milik. Walaupun masjid boleh dibangunkan, keadaan semasa menyebabkan untuk mendapatkan kebenaran menjadi sukar.",
4. Tanah yang dimaksudkan adalah kawasan hijau semulajadi dengan nisbah bangunan-ke-tanah sebanyak 20% dan nisbah kawasan lantai sehingga 80%. Walaupun kebenaran diberikan, bangunan yang bakal dihasilkan dijangka sangat kecil, berkisar dari 65 hingga 100 m2.
5. Paling terbaharu, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, "Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat 'content', mungkin dengan membina ruang solat atau seumpamanya di dalamnya."
6. Selain itu, sebagai seseorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana, saya menekankan kepentingan menjalankan inisiatif tersebut dengan bekerjasama dengan NGO yang berdaftar untuk memastikan pengurusan dana yang teliti dan audit dana yang telus.
“Saya faham bahawa rakyat Malaysia sangat dermawan dan sentiasa menyokong dakwah Islam, tetapi marilah kita tetap berwaspada dan mengikuti ajaran Islam untuk mengelakkan dari tertipu dan dieksploitasi.
“Berhati-hati dan tolong sebarkan mesej ini!” jelasnya.
Terdahulu, Daud Kim, 32, yang memeluk Islam sejak lima tahun lalu kembali menjadi tular selepas memaklumkan dia bakal membina sebuah masjid di bandar Incheon, Seoul tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Daud sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kontroversi antaranya melibatkan jenayah seksual pada Ogos 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live