Viral

Lelaki Tertua Dunia Tak Teruja Sambut Ulang Tahun Ke-112, Tiada Diet Khusus

Maliah Surip
27/08/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Tertua Dunia Tak Teruja Sambut Ulang Tahun Ke-112, Tiada Diet Khusus
Lelaki tertua di dunia, John Alfred Tenniswood baru menyambut ulang tahun ke-112.
Tenniswood lahir pada 1912, tahun yang sama kapal Titanic tenggelam. Dia memegang status lelaki tertua di dunia selepas Juan Vicente Perez dari Venezuela meninggal dunia pada usia 114, April lalu.

BERITA TRENDING: Manusia Tertua Di Dunia, Maria Branyas Meninggal Dunia

Bercakap mengenai usianya yang telah mencecah lebih 100 tahun, Tenniswood mengaku tidak teruja atau mempunyai idea bagaimana boleh panjang umur.
“Saya tidak rasa sudah berusia dan tidak teruja mengenainya. Mungkin itu faktor yang menyebabkan saya boleh mencapai usia sekarang (112 tahun).
“Saya juga tidak mengamalkan sebarang petua. Saya hanya menjalani hidup dan tidak ada idea tentang ini (panjang umur),” ujarnya seperti dilaporkan The Guardian.
Tenniswood yang telah dinobatkan sebagai Lelaki Tertua Di UK sejak tahun 2020 menyifatkan ia sebagai tuah selain tidak pernah mengamalkan diet khusus. Dia mengaku makan kentang goreng dan semua seperti biasa.
“Saya tidak punya sebarang rahsia. Saya aktif sewaktu muda, banyak berjalan. Saya sama seperti orang lain, tidak ada beza.
“Cuma saya percaya jika makan atau minum atau melakukan sesuatu hal berlebihan kita sendiri yang rugi,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Bersara Dengan Tenang, Pakar Kongsi Cara Untuk Ada Simpanan Lebih RM1 Juta Pada Waktu Tua!

BERITA TRENDING: Bekas Isteri Kenalkan, Rupert Murdoch Kahwin Kali Ke-5 Pada Usia Senja

BERITA TRENDING: Sambut Ulang Tahun Ke-70, Jackie Chan Ulas Penampilan Berambut Putih & Tua

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar