Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

Maliah Surip
16/10/2024
15:00 MYT
Sponsor Banner
Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.

BERITA TRENDING: Liam Payne Luah Kesukaran Jumpa Anak Disebabkan Lock Down

Oleh kerana berasa perbuatan bekas anggota One Direction tersebut telah menganggu bukan sahaja dirinya tetapi keluarga dan orang sekeliling, model tersebut mendapatkan khidmat peguam untuk mengeluarkan notis berhenti mendekatinya.
Menurut wanita berusia 23 tahun tersebut, dia terpaksa mengambil langkah serius selepas Payne tidak berhenti menganggu dan menghubungi bukan sahaja dirinya tetapi ahli keluarga termasuk ibu, Azteca Henry dan teman-temannya.
“Maya Henry meminta perintah atau notis berhenti menganggu dikeluarkan terhadap Liam Payne.
“Pihak Marco Crawford and Daniel Cerna kini mewakili Henry dan ini sahaja kenyataan yang boleh dikeluarkan,” tulis kenyataan daripada pihak guaman seperti dilaporkan MailOnline.
Henry sebelum ini mendedahkan dirinya diganggu Payne yang sudah memiliki kekasih baharu dengan panggilan telefon dan mesej di iCloud.
“Sejak kami putus tunang, dia membuat telefon saya seperti mahu pecah kerana sentiasa berdering.
“Bukan hanya dari nombor telefon dia tetapi daripada nombor berbeza.
“Dia juga telah membuat akaun iCloud baharu dan menghantar mesej kepada saya. Dia juga menganggu saya di emel.
“Bukan hanya saya tapi telefon ibu saya juga tidak henti berdering menerima gangguan daripadanya.
“Adakah ini sikap yang normal buat anda?” dakwa anak jutawan tersebut.

BERITA TRENDING: Berbeza Usia 23 Tahun, Naomi Campbell & Liam Payne Bercinta?

Sebelum mengambil tindakan undang-undang, Henry mendakwa telah diganggu dan dibuli oleh peminat yang dipercayai diupah Payne di media sosial.
Pasangan yang berkenalan pada 2018 telah bertunang dua tahun kemudian sebelum memutuskan pertunangan mereka pada 2022.

BERITA TRENDING: Selepas Digodam, Facebook Liam Payne Dibanjiri Foto Lucah

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar