Supermodel popular antarabangsa, Naomi Campbell, 48, telah berkongsi foto 'selfie' yang diambil di sebuah acara fesyen terkemuka di Paris Jumaat lalu.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Perkara yang lebih menarik perhatian di entri tersebut adalah komen nakal yang ditinggalkan oleh bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, 25.

"Perfection in a person, don't give me those eyes," tulisnya di ruangan komen tersebut.

Perkara ini lebih hangat diperkatakan di Hollywood apabila Naomi terlebih dahulu telah meninggalkan komen mengusik Liam di Instagramnya.

"Beautiful soul," tulis Naomi.



Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat Liam dan Naomi sama ada mereka bercinta atau sekadar berkawan biasa kerana masing-masing belum tampil menjelaskan perkara sebenar.