Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lima Tahun Berehat, Juliana Evans Seronok Dapat Kembali Aktif Dalam Dunia Lakonan - “Cuma Saya Akuilah Memang…”

Ernalisa 04/11/2024 | 18:55 MYT

Tak pernah terfikir untuk bersara dari dunia seni, pelakon Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa gembira dapat kembali aktif dalam lakonan selepas lima tahun berehat.

BERITA BERKAITAN: Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"

BERITA BERKAITAN: KLFW2023: Model Paling Cute! Hatta Dolmat Buat Kejutan, Che Puan Juliana Evans Muncul Sebagai Muse, Catwalk Dengan Anak

BERITA BERKAITAN: Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"

BERITA BERKAITAN: "Badan Macam Kena Langgar Bas..."- Trauma Epidural Tak Menjadi, Juliana Evans Terpaksa Persiapkan Mental Untuk Kelahiran Anak Kedua!

Hilang rindu bertemu rakan artis, pelakon berusia 35 tahun ini bagaimanapun mengakui dia berasas sedikit gementar untuk berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

"Saya belum terfikir lagi. Tetapi saya sangat gembira apabila kembali aktif dalam dunia lakonan. Bila saya dapat jumpa rakan-rakan lama saya rasa hilang rindu pada mereka.

"Cuma saya akuilah memang sedikit gementar, sebab dah lama tak berlakonkan," katanya ditemui di set penggambaran filem Bisikan Dosa baru-baru ini.
Bercerita mengenai lakonannya dalam filem tersebut, Juliana yang membawakan watak Doktor Delina berkata, naskhah itu merupakan yang pertama dilakonkan selepas melahirkan anak kedua, Jun tahun lalu.
Kesesuaian watak termasuk masa menjadikan dia menerima lakonan berkenaan.
"Saya sebenarnya sangat memilih sejak awal lagi,lagi-lagi selepas saya berkahwin dan mempunyai anak.

"Banyak perkara yang perlu saya lihat sebelum menerima sesuatu watak. Sekarang kalau saya berlakon, saya mahu bersedia daripada segi fizikal dan mental. Itu paling penting," katanya.

Dalam pada itu, Juliana berkata dia juga mahu terus aktif dalam lakonan selepas lima tahun menyepi dalam dunia hiburan.
Juliana Evans mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Tengku Shariffuddin merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

#Berlakon #Berhenti #Nak #Belum #Juliana #Evens #fikir
;