Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lufya Omar Mahu Kahwin Lagi, Tapi Dengan Lelaki Yang…

Syafiqah Jalal 04/01/2021 | 02:48 MYT
Pelakon Lufya Omar akui mahu berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya terdahuu bersama Dr Che Hafiz gagal.
Bagaimanapun, Lufya memberitahu dia masih belum berjumpa dengan calon suami yang menepati citarasanya.
“Nak kahwin, tapi calon yang saya doa belum ketemu lagi. Yang penting ada sifat mujib, sayang anak, penyayang, pegang amanah, tanggungjawab, pemurah dan boleh bagi saya cute babies,” katanya.
Lufya menyatakan hasratnya itu selepas salah seorang pengikutnya di Instagram (IG) bertanyakan soalan menerusi ruang yang dibuka di dalam IG Story.
Menerusi ruang tersebut, ramai yang bertanyakan soalan mengenai peribadi serta kehidupannya.
Beberapa hari lalu, Lufya dan bekas suaminya ada memuat naik rakaman video di IG reaksi dan gelagat anak mereka Lana Haura ketika bertemu ayahnya.
Difahamkan anak dan bapa itu sudah tiga bulan tidak bertemu.
BACA: Dapat Jumpa Anak, Dr Che Hafiz Syukur Lufya Beri Kerjasama
Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Selepas dihimpit kemelut rumah tangga dan kontroversi, pasangan ini akhirnya bercerai talak satu pada 17 Jun 2020.

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

#pelakon #Kahwin #Anak #cerai #Lufya #Omar
;