Laman Utama

Lufya Omar Nasihat Puteri Sarah: “Sampai Bila Nak Merana?”

Shahrin Zulkifle
24/12/2022
00:00 MYT
Sponsor Banner
Lufya Omar Nasihat Puteri Sarah: “Sampai Bila Nak Merana?”

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga di antara pelakon Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof kembali hangat diperkatakan.

Malah isu tersebut turut menyorot perhatian beberapa rakan selebriti termasuk pelakon Lufya Omar.

Kata Lufya, 37, sebelum ini dia pernah menasihati Sarah untuk mempertahankan rumah tangganya yang bergolak disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Bagaimanapun, lain pula kali ini apabila Lufya berharap Sarah mampu membuat keputusan terbaik demi kebahagian dirinya.

“Dulu aku nasihat kau kan, sekarang aku yang rasa. Kau dah kena buat keputusan untuk kebahagian diri kau sendiri. Kemudian barulah fikir orang lain,” katanya.

Lufya menitipkan pesanan tersebut menerusi ruangan komen pada sebuah hantaran video yang dimuat naik Sarah di laman Instagram baru-baru ini.

Dalam masa sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 itu berkata Sarah layak untuk jalani hidup yang lebih bahagia bersama seseorang yang akan menghargai dirinya.

“Sampai bila nak merana kan. Kau layak untuk bahagia dengan seseorang yang akan menghargai diri kau,” tambahnya.

Terdahulu, polemik rumah tangga Sarah dan Syamsul kembali hangat menjadi bualan selepas ibu kepada dua cahaya mata itu seperti memberi gambaran mengenai kehidupan bermadu.

Malah, Sarah turut berkongsi paparan tangkap layar DM daripada peminat yang mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan Ira Kazar.

BACA: “Ada Tangan Yang Kejam Memisahkan Mereka” - Ibu Syamsul Yusof

BACA: “Tiber Nak Saman, Benda Baik Tu Baik Umumkan” - Puteri Sarah

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar