Laman Utama

“Ada Tangan Yang Kejam Memisahkan Mereka” - Ibu Syamsul Yusof

gempak
Izwan Isa
22/12/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
“Ada Tangan Yang Kejam Memisahkan Mereka” - Ibu Syamsul Yusof
Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof hangat diperkatakan.
Menerusi kemas kini di Instagram, Sarah seperti memberi gambaran mengenai kehidupan bermadu, ditambah dengan paparan tangkap layar DM daripada peminat yang mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan Ira Kazar.
Pun begitu, baik Sarah mahupun Syamsul, masing-masing mengunci mulut mengenai khabar angin berkenaan.
Usaha Gempak untuk mendapatkan maklum balas Sarah juga tidak berhasil.
Namun, ibu kepada Syamsul, Datin Fatimah Ismail memuat naik satu perkongsian mengenai perihal cucunya.
“Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka, namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka,” kata Fatimah.
Terdahulu, Sarah mendedahkan pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan. Menurut Sarah, dia sedang sarat hamil 9 bulan ketika itu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024