Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Maafkan Uncle…” - Acap S Menangis, Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Jumpa Adik Alisa Buat Kali Terakhir

Mya Amri 15/11/2024 | 05:47 MYT

Bintang Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), Acap S tidak dapat menahan sebak selepas menerima berita pemergian adik Alisa Umairah yang menghembuskan nafas terakhirnya akibat kansert mata tahap 4.

Terkilan tak sempat jumpa arwah

Menerusi hantaran di TikTok, Acap meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk bertemu dengan arwah Alisa.

Malah Acap juga mengalirkan air mata apabila mengimbas kembali kenangan ketika sesi siaran langsung bersama Alisa dan bapanya di TikTok sebelum ini.

undefined

Mohon doa untuk arwah

Dalam pada itu, Acap juga turut memohon rakyat Malaysia mendoakan arwah adik Alisa.

“Adik Alisa telah menghembuskan nafas terakhir… Kita ramai-ramai doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan akan menjadi anak yang menarik ibu bapanya ke syurga.

undefined

Adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4 disahkan telah meninggal dunia pada malam Rabu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh radio Era menerusi satu hantaran di laman Instagram mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."

Sebelum ini, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein turut hadir turun padang bagi menunggu perkembangan adik Alisa Umairah yang berada di ICU.

Alisa juga dilaporkan dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan.

Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.

#MLS4 #Acap S
;