Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Macam Tak Hidap Sindrom Orang Kaku, Celine Dion Memukau Pada Pembukaan Olimpik Paris 2024

Maliah Surip 27/07/2024 | 15:55 MYT

Pesohor seni Celine Dion menerima sorak dan tepukan gemurah sewaktu menyanyi penyanyi yang merasmikan pembukaan Olimpik Paris 2024 selepas dua tahun berehat kerana sakit.

Dion, 56, sebelum ini mendedahkan menderita penyakit sindrom orang kaku atau stiff person syndrome.

Memukau

Bintang kelahiran Kanada itu membuat persembahan memukau terutama vokalnya yang masih hebat di lokasi ikonik Paris, Eiffel Tower.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza Tersepit Antara Impian Dan Serangan Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Perancis Alu-Alukan Atlet Israel, Benarkan Bertanding Di Olimpik Paris

Penyanyi tersebut mendendangkan lagu klasik milik Edith Piaf, L’hymne a l’amour disaksikan lebih 300,000 penonton termasuk 6,800 atlet dalam suasana yang sangat emosional.

Nyanyian penyanyi yang tampil elegan bergaun putih itu diiringi oleh pemain piano serta logo Olimpik.

Sebelum ini Dion memberitahu BBC beliau antaranya menjalani terapi suara untuk mendapatkan semula vokal emas yang membuat namanya mahsyur di seluruh dunia.

Sebelum itu Lady Gaga tampil membuat persembahan pada siang hari di Sungai Seine yang turut menyaksikan para deligasi dan atlet menaiki sebanyak 85 bot menyelusuri sepanjang sungai tersebut pada pembukaan yang juga julung kali dipersembahkan berbanding sebelum ini yang dilakukan di dalam stadium.

#Celine Dion #Olimpik Paris 2024 #Persembahan Memukau
;