Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

Firdaus 29/07/2024 | 05:26 MYT
Didakwa curang dengan bekas isteri, pempengaruh Andika Putera baru-baru ini memuat naik satu video di TikTok menjelaskan isu tersebut demi mempertahankan maruahnya.

Mahu Bersihkan Nama

Menerusi entri berkenaan, Andika tampil memberi kenyataan berkaitan dakwaan perselingkuhannya sambil menerangkan 'garis masa' di atas papan putih tentang permulaan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama bekas isteri, Ananda Natasha.

"Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa Dika senyap? Segala jawapan ada di dalam video ini.

"Dika tahu video ini panjang, Dika harap tengoklah sehingga habis dan fahamkan kenapa Dika diam selama ini, sudah tentu Dika tak nak membuka aib siapa-siapa dan Dika tahu ini ada dugaan tapi ini sudah lebih untuk mempertahankan diri Dika, maruah keluarga, anak Dika (Alisya Puteri), syarikat Dika (Aspires) dan anak-anak murid Dika.

"Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, Dika minta maaf dari pihak Dika dan Tasha. Dika tidak tahu kemungkinan besar Tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah cakap dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan kenyataan hanya semata-mata untuk menang di media sosial, Dika bukan seorang yang macam tu," jelasnya.

undefined
Bercerita lebih lanjut, Andika berkongsi tindakannya itu adalah untuk membersihkan namanya dan dalam pada masa yang sama sempat memohon maaf kepada orang ramai atas kekhilafan yang dilakukan.
"Ini adalah cara untuk Dika bersihkan segala sangkaan buruk atau andaian pada Dika tentang isu penceraian dan itu adalah motif utama. Walaubagaimanapun, Dika tidak mengatakan yang Dika seorang yang sempurna.

"Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini," katanya.

BERITA TRENDING: Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

​BERITA TRENDING: Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

​BERITA TRENDING: "Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

BERITA TRENDING: "Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Sekadar info, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

#Viral #Suami #Isteri #Rumah tangga #Influencer #Curang #Andika Putera #Ananda Natasha
;