Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mahu Melancong Dengan Mudah? Jom Baca 5 Fakta Tentang Aplikasi Journify Holidays

Umirah Halim 04/07/2024 | 18:00 MYT
Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pelancaran aplikasi percutian, Journify Holidays yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2024 di Lot 10 Bukit Bintang.
Jom kami kongsikan 5 fakta menarik mengenai aplikasi ini!

1. Rancang Percutian Anda Dengan Lebih Mudah

- Dengan aplikasi Journify Holidays anda boleh rancang dan tempah perkhidmatan yang merangkumi pas perjalanan, tiket tarikan, pakej pelancongan, perkhidmatan lapangan terbang dan banyak lagi.

2. Kumpul Enrich Points

- Anda juga boleh merancang dan menempah keseluruhan percutian semuanya melalui satu platform, sambil mengumpul Enrich Points yang boleh digunakan untuk penebusan seterusnya.

3. Nikmati Tawaran Potongan Sehingga RM200

- Sepanjang bulan Julai, pengembara boleh memanfaatkan tawaran ini untuk merancang pengembaraan mereka yang seterusnya dengan aplikasi Journify:
- Nikmati potongan RM200 Pakej Penerbangan + Hotel eksklusif untuk Pemegang Kad Visa dengan perbelanjaan minimum RM1,500 menggunakan kod promosi: ‘BETTERJOURNEYS’
- Potongan RM150 MHflypass ASEAN eksklusif untuk Pemegang Kad CIMB menggunakan kod promo: ‘CIMBFLYPASS150’

4. Sediakan Artikel Untuk Info Menarik

- Bagi anda yang sedang mencari inspirasi untuk perjalanan seterusnya, anda boleh baca artikel di Journify Holidays untuk dapatkan panduan perjalanan ke mana sahaja anda mahu pergi.

5. Peluang Menangi Percutian di Maldives

- Pengunjung juga boleh menyertai permainan interaktif dan memenangi hadiah menarik, termasuk baucar penerbangan dan hotel bernilai sehingga RM500 dan peluang untuk memenangi hadiah terbesar perjalanan 5 hari, 4 malam untuk dua orang ke Maldives di acara pelancaran di Lot 10 Bukit Bintang dari 3 hingga 4 Julai ini.
Untuk maklumat lanjut lawati holidays.myjournify.com atau muat turun Journify di App Store dan Google Play Store hari ini.

BERITA TRENDING: Miss Universe Malaysia Peragakan Kebaya Songket Kuning, Ramai Puji! - "Nampak Mahal, Klasik"

BERITA TRENDING: Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

BERITA TRENDING: Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."

BERITA TRENDING: "Patut Tak Saya Sertai Miss Universe?" - Amelia Henderson

#Aplikasi #Melancong #Fakta #MAG #holidays #journify
;