Hiburan

Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”

Mya Amri
03/07/2024
07:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, telah mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.

Bawa lagu Cindai

Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan Umai bersaing dalam lima kategori berbeza dan mempertaruhkan lagu Cindai nyanyian asal ibu saudaranya dalam kategori World.

Ramai yang terpegun dengar suara Umai

Menerusi video terbaharu yang dikongsi menunjukkan Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar sedang menyanyikan lagu itu.

“Terima kasih kepada semua yang memberi galakan dan sokongan serta mendoakan Umai sepanjang di LA,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mendengar suara merdu Umai.
Ada juga yang menyatakan Umai bakal mencipta nama tersendiri sama seperti Siti Nurhaliza.

BERITA TRENDING: “Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai

BERITA TRENDING: Tular Video Umai Menangis Belajar Vokal, Siti Sairah Nafi Paksa Anak Jadi Penyanyi - “Saya Hanya Beri Yang Terbaik Untuk Dia”

BERITA TRENDING: “Comelnya Macam Ada Iras Tok Ti” – Umairah Dipuji Pandai Berlakon, Ramai Tak Sabar Nak Tengok

BERITA TRENDING: "Sebelum Aunty Mitch Pencen, Kita Duet", Misha Omar Puji Vokal Padu Umairah Nyanyikan Tanpa Rela

ARTIKEL BERKAITAN: "Kenali Umairah Sebagai Dirinya, Bukan Kerana Siti Nurhaliza" - Siti Sairah

Antara komen yang diberikan adalah:
“MasyaAllah, sedapnya suara Umai menyanyi lagu Datuk Siti,”
“Merdunya suara, flying high macam makcik awak okay,”
“Terbaik Umai, menyanyi dengan gaya tersendiri,”
Berikut merupakan video penuh persembahan Umai:
Terdahulu, kejohanan ini berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, dari 28 Jun hingga 6 Julai.
Untuk info: Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini adalah peluang emas bagi karyawan tanah air untuk menonjolkan bakat kepada penggiat seni Hollywood dan menyerlahkan diri di arena antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.
Hiburan

Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"

gempak
02/04/2024
12:55 MYT
Setelah meraih pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun karier dipersada muzik tanah air, orang ramai kini merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara. Mengulas lanjut perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap ge
Hiburan

Dituduh Tak Ikhlas Kenang Derita Anak-Anak Gaza, Ini Respon Siti Nurhaliza!

gempak
27/03/2024
00:55 MYT
Dikatakan sengaja ‘menjual’ air mata untuk konten, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendedahkan bahawa dirinya betul-betul terkesan melihat kesengsaraan kanak-kanak di Palestin. Menurut Siti, setiap emosi serta perkara yang disuarakan adalah ikhlas dari sudut hati dan enggan ambil pusing tentang kata-kata negatif yang dilem
Hiburan

“Tak Sangka Allah Beri Saya Peluang Bantu” - Siti Nurhaliza Sebak Bercerita Baju Raya Anak-Anak Gaza

gempak
23/03/2024
05:25 MYT
Jangan berhenti mendoakan mereka.