Hiburan
Mainkan Watak Tanpa Rambut, Emelda Rosmila Dedah Suami Suka Imej Botak
Melakonkan watak dengan imej botak menerusi filem Abnormal: Buas, pelakon, Emelda Rosmila tidak menafikan bahawa suaminya, Adlin Aman Ramli, gemar terhadap penampilan eksentriknya itu.
BERITA TRENDING:#GMW: Adlin Aman Ramlie Nak Merewang, Konsert Rossa Best & Joe Flizzow Memang Havoc!
"Dia rasa macam ada teman wanita baharu...
Menurut Emelda, 44, Adlin sering meminta dirinya mencukur rambut sejak dia mebawakan watak menerusi filem berkenaan.
"Saya nak buat satu kelainan yang boleh menonjolkan watak saya dalam filem ni. Dan saya tak ada masalah pun nak tukar rambut atau penampilan.
"Dia (Adlin) okay sahaja, dia suka sebab dia rasa macam ada teman wanita baharu. Lepas tu dia tak bagi saya panjangkan rambut, setiap kali nak panjang dia suruh cukur," seloroh Emelda.
BERITA TRENDING:“Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah
Bukan Kali Pertama Botak
Emelda ketika ditemui pada malam gala filem Abnormal: Buas yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, pada Rabu sempat berkongsi bahawa dia pernah menggayakan rambut botak ketika berusia 20 tahun.BERITA TRENDING:“Doakan Yang Terbaik” - Bella Astillah Tiba Di Mahkamah
"Sebenarnya ini bukan kali pertama saya cukur rambut, masa umur saya 20 tahun memang saya pernah cukur rambut.
"Jadi tukar-tukar fesyen itu semua bukan satu masalah, dan karakter yang saya bawakan ini umpama diri saya ketika usia saya 19 ke 20 tahun. Jadi watak ni macam bawa saya balik ke personaliti saya yang dahulu," katanya.