Laman Utama

“Mak Bapak Aku Kau Jangan Main Anj***” - Meerqeen Hilang Sabar, Netizen Biadap Label Ibu Bapa Israil

Mya Amri
21/10/2023
04:25 MYT
Sponsor Banner
“Mak Bapak Aku Kau Jangan Main Anj***” - Meerqeen Hilang Sabar, Netizen Biadap Label Ibu Bapa Israil
Pelakon, Meerqeen hilang sabar apabila seorang individu mengaitkan ibu bapanya susulan isu tidak menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Menyifatkan tindakan itu sebagai kurang ajar, Meerqeen menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya menegur dan memberikan amaran agar individu tersebut tidak membabitkan kedua orang tuanya.
“Mak bapak aku kau jangan main anj***. Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Meerqeen juga menegaskan dia tidak akan menunjukkan kebaikan yang dilakukan semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak.
“Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestine.
“Aku tak perlu tunjuk pon bantuan apa yang aku bagi pada mereka untuk senangkan hati manusia manusia lain.
“Cukup aku sorang je tahu apa peranan/tanggungjawab aku sebagai seorang muslim untuk orang di Palestine.
“Pemberian aku ikhlas. Berhenti menunding jari pada orang,” tegasnya.
Terdahulu, individu terbabit menyifatkan Meerqeen sebagai anjing pihak Israel selain menyindir aktor itu berkenaan rezeki.
BACA: Meerqeen Kena Kecam Sebab Tak Tulis Perkataan Palestin - “Sama Je Kau Dengan…”
Sebelum ini, Meerqeen disindir netizen yang mengatakan aktor berkenaan bakal ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial.
Pelakon kacak ini juga pernah menerima serangan di media sosial apabila bergambar dengan pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar