Pelakon Meeqeen sekali lagi menjadi sasaran netizen selepas memuat naik kata-kata solidariti terhadap penduduk Palestin yang kini sedang berhadapan serangan bertubi-tubi oleh Israel.

Menerusi kata-kata yang dimuat naik di Instagram, Meerqeen mengakui mengutuk kezaliman dan menjalankan tanggungjawab untuk terus memperjuangkan keadilan.



Menurut pengikutnya, Meerqeen tidak menggunakan satu patah perkataan Palestin pada kenyataan yang dikongsi.

Tidak kurang ada yang menyamakan Meerqeen dengan pempengaruh dan pencipta kandungan, Syamimia yang dikritik kerana enggan berkongsi tentang keadaan di sana.



Namun, di sebalik kritikan itu, terdapat segelintir pengikut Meerqeen yang membela pelakon itu daripada serangan netizen.

Terdahulu Meeqeen menerima serangan di media sosial apabila bergambar dengan pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot.

BACA: Meerqeen Teruja Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Sebagai YSL Beauty​