Hiburan
“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh
Penyanyi dan penyampai radio, Elly Mazlein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan.
Elly atau mesra disapa Kak Lina menyatakan rasa bersyukur kerana diberikan kesempatan menziarahi kanak-kanak itu sebelum memasuki bilik pembedahan.
“Alhamdulillah syukur sempat Kak Lina jumpa Alisa sebelum masuk OT. Masa ni Alisa tengah mamai dan Alhamdulillah Alisa sihat dan ready utk operation. Sama- sama kita doakan buat Adik Alisa ya Malaysia. Mama sayang Alisa,” katanya menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka selepas menonton video tersebut serta mendoakan agar pembedahan Adik Alisa berjalan dengan lancar.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Terdahulu, Kak Lina pernah menyatakan hasratnya untuk menemani Adik Alisa yang bakal melakukan pembedahan mata kerana kanak-kanak itu menghidap kanser mata tahap empat.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 230,000 ribu dan 14,249 ribu butang suka.