Laman Utama
Mangsa Road Bully Dengar Lagu Ayda Jebat Ketika Dikasari, Tuan Empunya Lagu Akui Kecewa... - “Apa-Apa Pun Cuba Selesaikan Dengan Baik”
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui kecewa dengan tindakan seorang lelaki yang viral baru-baru ini akibat tindakannya menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita hangat diperkatakan di media sosial.
Ayda berkata, dia berasa terkejut dengan insiden tersebut dan melihat kejadian sebegitu sebagai tidak patut berlaku.
“Saya sangat terkejut bila lihat video berkenaan. Bayangkan seorang lelaki menyerang secara verbal dan fizikal terhadap seorang wanita walaupun wanita itu telah meminta maaf berkali-kali.
“Jujurnya memang kasihan melihat wanita itu yang menjadi mangsa kekasaran. Lebih-lebih lagi dia sedang ikut nyanyi lagu saya ketika kejadian berlaku, lagi saya rasa berasa tersentuh.Bro. Aku faham kau marah. Aku pun boleh marah TAPI JANGAN SENTUH ORANG.Ni nasib baik dia tak report polis bro.Tapi tu la, kami share la sebab kami nak orang lain jangan memotong bodoh dan jangan sentuh sentuh orang.Cameron Highlands ni aku rasa tak payah pergi lah. Biar aku… pic.twitter.com/o22AjqFSzj— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) June 6, 2023
“Walaupun mungkin wanita itu melakukan kesalahan ketika memandu, tetapi pemandu lelaki itu tidak ada hak untuk berbuat demikian. Apa-apa pun cuba selesaikan dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Ayda mengulas mengenai video tular seorang lelaki yang menunjal kepala seorang wanita yang sedang memandu kereta semalam.
Menerusi video berkenaan, mangsa sedang mendengar dan menyanyi bersama lagu nyanyian Ayda iaitu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti).
Dalam pada itu, Ayda terut berkongsi yang dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 50 episode untuk siaran Astro.
“Sekarang ini saya agak busy sebab dah hampir empat tahun tak masuk set penggambaran. Agak teruja sebab memang dah lama tak berlakon. Tapi dalam masa sama hati berasa berat sebab terpaksa tinggalkan anak di rumah.
“Mungkin ini kali pertama saya berenggang dengan Ana Nayla untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama. Tapi alhamdulillah, Nabil banyak membantu dan keluarga juga banyak membantu,” katanya lagi.
Must-Watch Video