Laman Utama
Tunggu Dalam Hujan Berjam-Jam, Peminat Di Taiwan Gembira Akhirnya Bertemu Ayda Jebat
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat melahirkan rasa terharu apabila seorang peminat asal Taiwan menegur dan memanggil namanya ketika dia sedang berjalan-jalan di sana.
Ayda yang kini berada di sana atas urusan kerja berkata, peminat bernama Chris itu menyapa dan meminta izin untuk bergambar dengannya.
“Jujurnya, saya agak terkejut juga sebab ada yang mengenali saya di sana. Ketika itu, saya sedang jalan-jalan dan dia menyapa saya untuk bergambar.
Advertisement
“Katanya, dia tengok lagu-lagu saya di Youtube. Secara kebetulan juga, dia ada mengikuti Instagram jurusolek yang menyolek saya ketika saya di sini. Memang tak sangka,” kata Ayda ringkas kepada Gempak.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ayda berkongsi rakaman video yang memperlihatkan dia beramah mesra bersama Chris.
Selain itu, Chris dan rakan-rakannya turut bergambar dengan Ayda.
Untuk rekod, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir kini sedang mengikuti rombongan ke Taiwan bagi menjayakan kempen Salam Taiwan.
Penyanyi lagu Parah Parah yang turut dilantik sebagai duta rasmi Salam Taiwan itu mempromosikan pelbagai lokasi menarik di Taiwan selain berkongsi restoran halal bagi pelancong beragama Islam yang berminat untuk makan angin di sana.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video