Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Mas Idayu Takkan Bantu Aman Graseka Atas Sebab Ini - "Fikir Logik, Dia Patutnya Minta Pada ..."

Amri Hassan 09/03/2024 | 04:30 MYT
"Saya tidak akan bantu!" demikian tegas penyanyi Mas Idayu ketika ditanya mengenai kisah viral bekas suaminya, Aman Graseka yang didakwa meminta bantuan orang ramai untuk rawatan anaknya di hospital.

BERITA TRENDING: Dakwa Aman Graseka Padam Mesej Lepas Minta Bantuan, Sharifah Shahirah Halalkan Segala Sumbangan- “Selepas…

Jelas Mas Idayu, meskipun pernah hidup bersama Aman, namun kini dia bukanlah orang yang sepatutnya menghulur bantuan.
Malah Mas Idayu juga memberitahu statusnya yang kini isteri kepada orang juga adalah faktor dia tidak boleh berbuat demikian.
“Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya membantu. Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini mungkin saya boleh bantu.
“Dalam keadaan sekarang anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun anak saya tidak dapat menghubungi Aman,” ujarnya kepada Gempak.
Kata pelantun lagu Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan itu lagi, orang ramai sepatutnya tidak mudah memberi bantuan tanpa mengetahui kisah sebenar.
Biarpun viral kisah berkenaan, Mas Idayu tidak pasti akan kesahihan kepayahan yang dilalui Aman.
“Kepada orang luar jangan memberi kalau tidak pada saluran yang betul.
“Kalau fikir logik dia sepatutnya minta pada anak atau saudara-mara. Kenapa nak meminta daripada orang ramai dengan cara begini,” katanya.

BERITA TRENDING: Isu Scammer, Isteri Aman Graseka Enggan Ulas Lanjut! - "Saya Tak Tahu, Tak Berani Komen"

BERITA TRENDING: "Kalau Buat Lagi Saya Laporkan Pada Polis" - Shiera Mas Idayu ditemui ketika majlis Share Rezeki Amaris x Tyzo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa.
Sementara itu bercakap tentang program Share Rezeki: Amaris x Tyzo, Mas Idayu berbesar hati membantu pelakon Putra Amaris menggerakkan infaq sempena Ramadan itu.
“Saya dah lama kenal Amaris sebab kami sama-sama asal Johor. Namun sebab sibuk sebelum ini kami jarang berhubung.
“Apabila dia berkongsi program yang sudah dilaksanakan empat lepas saya jadi tertarik. Awalnya saya sangka ia sekadar melepas batuk di tangga. Tak sangka program ini bertahan.
“Sebagai selebriti saya membantu untuk uar-uarkan program ini kepada lebih ramai orang,” jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: "Kau Ingat! Kau Ada Aib!" - Terkilan Anak Dihalang Jumpa Bekas Suami, Mas Idayu Buka Mulut!

#pelakon #Penyanyi #Viral #Anak #Mas Idayu #Sharifah Shahira #Artis #Bantuan #Aman Graseka
;