Hiburan

Isu Scammer, Isteri Aman Graseka Enggan Ulas Lanjut! - "Saya Tak Tahu, Tak Berani Komen"

gempak
Amri Hassan
12/01/2024
05:50 MYT
Sponsor Banner
Isu Scammer, Isteri Aman Graseka Enggan Ulas Lanjut! - "Saya Tak Tahu, Tak Berani Komen"
Bekas pelakon dan juga isteri kepada pelakon, Aman Graseka iaitu Reena Arina enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia adalah individu di sebalik permohonan bantuan kewangan yang dibuat kepada rakan-rakan artis.

BERITA TRENDING: "Kalau Buat Lagi Saya Laporkan Pada Polis" - Shiera

Reena ketika dihubungi baru-baru ini hanya memberikan jawapan ringkas mengenai dakwaan orang ramai bahawa dirinya adalah ‘scammer’ yang menggunakan nama Aman Graseka untuk meminta bantuan dari segi duit.
“Saya tak tahu nak jawab. Abang Aman sudah cakap hari itu, jadi saya tak tahu. Saya tak berani nak komen. Minta maaf,” katanya ringkas.
Bagaimanapun ketika diminta untuk mohon bercakap dengan Aman, Reena memaklumkan suaminya tiada di rumah ketika itu.
“Nak cakap dengan abang? Pasal kes yang itu ya? Kami pun tak tahu. Abang Aman tiada, dia keluar,” katanya.
Bertanya juga mengapa Aman tidak menjawab panggilan telefon, Reena berkata dia sendiri tidak tahu menahu sebabnya.
“Oh dia tak angkat? Saya tak pastilah,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Pesara Guru Rugi RM225,000 Kena Tipu 'Lee Min-ho'

Terdahulu, media melaporkan bekas isteri Aman iaitu Mas Idayu percaya bahawa insan yang meminta bantuan kewangan dari rakan-rakan artis bukanlah Aman sebaliknya ‘scammer’ di dalam rumah Aman.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata dia mengenali Aman dan percaya Aman bukanlah seorang yang gemar meminta-minta wang dari orang lain.
Namun Mas Idayu tidak menafikan dalam masa sama dia terperanjat apabila nama Aman tular susulan dipercayai meminta bantuan kewangan dari ramai rakan artis.
Sebelum itu juga penyampai radio, Sharifah Shahirah dan juga ramai rakan artis yang menyuarakan kebimbangan atas kesahihan kesukaran hidup yang dihadapi oleh Aman.
Terdahulu, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera pernah memuat naik di laman sosial Instagram (IG) miliknya, berkenaan pelakon popular era 90-an iaitu Aman yang memerlukan bantuan kewangan.
Shiera mengakui dirinya sendiri ada menerima mesej dari Aman memohon bantuan darinya. Justeru, Shahirah meminta bantuan rakyat Malaysia agar pelakon senior tersebut tidak akan lagi perlu meminta wang daripada rakan-rakan selebriti lain dalam industri seni.
Namun selepas menyalurkan bantuan sebanyak dua kali, Shiera ragu akan kesahihan situasi Aman dan memohon Aman tampil menjelaskan situasi sebenar.
“Saya ada mesej dan tanya padanya, betulkah dia Aman dan dia kata ya dan kemudian dia padam perbualan kami di Whatsapp. Saya mengamuklah kenapa dia padam, dia padam maksudnya dia ‘scammer’.
“Dia ‘scammer’ atau ada orang yang menyuruh dia berbuat demikian. Sebab mengenali Aman, dia tidak pernah begitu tapi selepas berkahwin dia agak pelik, mungkin dia susah selepas berkeluarga,” katanya.
Selepas 15 tahun hidup bersendirian, Aman berkahwin dengan model dan pelakon baharu, Reena Arina pada 2018. Aman dan Reena diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah selepas lebih setahun menyulam cinta.
Sebelum itu Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997 namun berpisah pada 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live