Hiburan
Masih Dijadikan Bahan Gurauan, Ajai Tak Sentap Orang Usik Pelat S - “Itu Adalah Trademark”
Penyanyi dan komposer, Ajai tidak kecil hati apabila masih dijadikan bahan gurauan hanya kerana mempunyai masalah pelat huruf S.
Pelat S sebagai trademark
Sebaliknya kata Ajai, dia hanya menganggap usikan itu sebagai perkara biasa sahaja.
“Boleh jadi sebagai hiburan, orang kata bunyi unsur angin. Pada saya biasa sahaja benda itu.
“S itu sudah menjadi seperti trademark sebab semua orang ada aksen masing-masing. Bila tidak difikir tak menjadi (pelat S), jadi jangan fikir,” ujarnya.
Ajai berkata demikian menerusi satu temu bual pendek bersama penyanyi dan penyampai radio ERA, Elly Mazlein menerusi segmen Carta ERA 40 baru-baru ini.
BERITA TRENDING: TMSMY3: “Wow, It’s Him! Tak Ada Pun Pelat S!” - Ajai Rupanya Mr Parrot! Tak Sangka Juri Big Stage Masuk Masked Singer
BERITA TRENDING: Dikatakan Bermulut Lancang, Ajai Respon - “Takkan Nak Bagi Komen Tak Jujur, Yang Tak Sedap Kata Sedap”
BERITA TRENDING: Isu The Gadys Tak Boleh Menyanyi Live Salah Siapa? Ajai Beri Pandangan - “Ada 3 Masalah Di Situ”
BERITA TRENDING: Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”
BERITA TRENDING: “Macam Voice Over Suara Barbie” – Anak Faezah Elai Jadi Perhatian! Speaking Power, Comel Macam Lalisa
Konsert By Ajai & Mega Friends
Dalam pada itu, Ajai juga memaklumkan bakal mengadakan Konsert By Ajai & Mega Friends pada 3 Ogos depan.
“Sebab 35 tahun dalam industri, sudah tiba masanya ada fasa untuk diadakan satu konsert selepas sudah rekod hampir lebih 1000 lagu.
“Daripada tahun 1988 hingga sekarang, dalam katalog penulisan saya, ada lebih 78 lagu popular, lagu single. Jadi mengapa tidak,” ujarnya.
Konsert By Ajai & Mega Friends berlangsung di Mega Stars Arena Kuala Lumpur pada 3 Ogos bermula jam 8 malam.
Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/byajai
Berikut merupakan temu bual bersama Ajai: