Hiburan

Masih Solo, Intan Serah Akui Sukar Cari Pasangan - "Mungkin Lelaki Takut Dengan Saya"

Ernalisa
31/01/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Masih Solo, Intan Serah Akui Sukar Cari Pasangan - "Mungkin Lelaki Takut Dengan Saya"
Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah mengakui dirinya sukar menemui pasangan hidup terutama di luar bidang sukan yang di luar bidang sukan yang diceburinya.

BERITA BERKAITAN: Dikritik Minum Ais Lepas Habis Berpantang, Intan Najuwa Terus Nak Jadi Kucing - “Semoga Puas Hati Makcik”

BERITA BERKAITAN: Baru Bersalin Anak Pertama, Intan Najuwa Dah Ada ‘Plan’ Untuk Kedua - “Itulah Perempuan Tak Serik, Sebab Dah Lupa…”

Jelas Intan atau nama lengkapnya, Intan Sarah Anisah Zulgafli mungkin kerana sikapnya yang dilihat kasar menyebabkan sesetengah lelaki agak takut untuk mendekatinya.
"Saya bukan tak mahu bercinta, tapi saya rasa lelaki kurang selesa dengan sikap kasar saya. Tapi inilah diri saya.
"Saya pun macam wanita lain, ada perasaan nak disayangi dan dijaga. Cuma buat masa ini saya masih sendiri. Mungkin lelaki takut dengan saya," katanya kepada Gempak.
Ketika ditanya mengenai ciri lelaki idamannya, Intan tanpa berselindung menyatakan bahawa dia mahukan seseorang yang boleh memahami sikapnya yang kasar dan tidak mudah berkecil hati.
Intan juga mengakui dia lebih selesa sekiranya pasangannya bukan dari bidang sukan.
"Cukuplah saya seorang yang terlibat dalam sukan. Kalau boleh, saya nak lelaki yang bekerja dalam bidang lain. Yang paling penting, dia perlu faham perangai saya yang sekarang ini. Tapi sebenarnya, saya ada juga sisi manja saya," jelasnya.
Walaupun masih solo, Intan tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat sekiranya bertemu jodoh yang sesuai.
Namun, dia sedar banyak perkara yang perlu diatur sekiranya itu berlaku.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024