Laman Utama
"Memang Tak Boleh Sembuhkan Hati Terluka, Tapi ..." - Zulin Aziz Saman Netizen Kaki Fitnah Isu Komen IG Nana
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz nekad untuk memfailkan saman terhadap netizen yang keterlaluan menulis komen berbaur fitnah terhadapnya.
Kata Zulin, tindakan saman itu boleh memberikan pengajaran kepada pelaku yang sekali gus membersihkan namanya.
"Yaa betul kata netizen. Saman memang tak boleh sembuhkan hati yang terluka tetapi boleh bagi pengajaran kepada mereka yang menfitnah.
"Dengan ini saya bersetuju dan saya akan keluarkan saman kepada netizen yang tulis sebarang komen fitnah terhadap saya.
"Saya telah serahkan screenshot komen-komen netizen yang menjatuhkan maruah saya, menfitnah dan sekutu dengannya.
"Seperti yang saya maklumkan,saya tidak marah sekiranya anda tidak setuju, teguran, beri nasihat…tetapi bahasa yang anda lemparkan kepada saya berbaur fitnah dan menjejaskan nama baik dan perniagaan saya.
"Atas nasihat peguam, kami bersetuju meneruskan saman ini demi memberi pengajaran. Terima kasih atas nasihat Netizen juga yang minta saya berbuat demikian," katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.
Selain saman, Zulin turut membuat laporan polis terhadap netizen terbabit.
"Semoga Allah permudahkan urusan. Kita jumpa di mahkamah," tegas Zulin bersama salinan laporan polis yang dibuat pada Selasa.
Terdahulu, Zulin tampil menjelaskan salah faham dalam kalangan netizen terhadap komennya di laman sosial penyanyi dan pelakon Siti Nordiana susulan isu pergeseran faham dengan lima sekawan bulan lalu.
Zulin pada masa sama turut menghubungi Nana untuk menjelaskan makna sebenar di sebalik komen terbabit dan menjernihkan keadaan yang berlaku.
Terdahulu, Zulin menulis komen berbunyi 'hmmm... nak buat apa RM200,000 tu, dapat ke ubat hati yang terluka', yang mana mendapat kecaman teruk dari netizen.
#pelakon
#Penyanyi
#Viral
#Kontroversi
#Zulin Aziz
#Siti Nordiana
#saman
#Netizen
#Pengacara
#Mahkamah
#Polis
#Peguam
#PKP