Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

Firdaus
18/10/2024
03:23 MYT
Sponsor Banner
Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.

Akui Dunia 'Kosong'

Menerusi podcast bersama pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif mengakui kehilangan figura bapa menyebabkan dia tidak merasai kebahagiaan dalam kekeluargaan.

"Depan mata saya kosong...

“Saya tak pernah tengok keluarga yang betul-betul bahagia kerana bapa saya meninggal dunia ketika saya masih kecil. Saya dibesarkan oleh ibu saya seorang, kakak-kakak saya semua perempuan.
“Saya tak pernah tengok macam mana suami jaga, ’father figure’ macam mana, ibu saya dijaga oleh suami yang betul. Tak ada, depan mata saya kosong,” ujarnya.
Sementara itu, aktres berusia 42 tahun tersebut berkata, rumah tangganya mungkin berada dalam keadaan baik sekiranya dia mempelajari banyak ilmu.
“Saya tak kata saya ini isteri yang baik, jauh sekali. Tetapi itulah, mungkin kalau saya belajar dengan lebih lanjut. saya dapat mengendalikan perkahwinan saya dengan lebih baik dan lebih sempurna,” katanya.
Mengulas lanjut, Nora mendedahkan dia ketika ini hanya mencari ketenangan dalam hidup dan tidak lagi mengejar harta benda.
“Kalau dulu ketika kanak-kanak, nak jadi kaya, nak bagi ibu saya hidup senang.
“Tapi sekarang, jujur saya rasa kekayaan bukanlah benda pertama yang saya cari.
“Saya cuma nak hidup selesa, boleh pergi ke mana yang saya nak. Bila hati mendapat ketenangan, pergi perhentian pun awak dah rasa bersyukur.
“Ketenangan itu yang saya mahukan. Saya cuma nak hidup dengan tenang,” kongsinya
@rhea.zahra Ketenangan Kunci Kebahagiaan ? #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish #podcastneelofanoradanish ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie - arachang
Terdahulu, Nora dan bekas suaminya, Nedim Nazri akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

​BERITA TRENDING: Nora Danish Sebak Baca Puisi Di Festival Sunnah, Netizen Tersentuh - “Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Semoga Kekal Istiqamah”

BERITA TRENDING: “Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

​BERITA TRENDING: Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sumber: TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar